Priscilla Abby
Priscilla Abby

Priscilla Abby

Priscilla Abby Cai Enyu (lahir 30 Oktober 1997) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam industri muzik pada 2014 menerusi sebuah pertandingan nyanyian, seterusnya memulakan langkahnya di pasaran muzik Cina, termasuk di Taiwan dan Hong Kong. Priscilla dikenali sebagai bintang mandopop dan menyerlah dengan genre muzik tarian elektronik. Beliau mengambil kemahiran bermain gitar dari abang sulungnya dan belajar bermain piano. Setelah membuat puluhan lagu saduran di saluran YouTubenya dan mengumpulkan lebih dari 700,000 pelanggan, dengan satu juta tontonan untuk setiap lagunya, beliau mempunyai dua komposisi asli, "I Love The Sky" dan "Burn".[1]Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat hiburan digital WebTVAsia pada Julai 2017, seterusnya melancarkan EP pertamanya, Burn pada Disember 2017, dan mengadakan konsert mini di KL Live.[2]

Priscilla Abby

Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Priscilla Abby Cai Enyu
Pengkarya berkait Nabila Razali
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman WebTV Asia
Kelahiran (1997-10-30) 30 Oktober 1997 (umur 22)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Genre Balada, pop, EDM
Tahun aktif 2014–kini